12 September 2011
Hari ini kami akan menghadari rumah terbuka Puan Masitah, pensyarah subjek teknologi dalam pendidikan kami. Pada mulanya beliau ingin mengadakan jamuan ini pada hari Sabtu namun akibat beberapa yang tidak dapat dielakkan, jamuan ini di ubah pada hari Ahad. keadaan cuaca hari ini agak suram memandangkan hujan labat turun terus-menerus dari pagi hari. Paras air di sungai-sungai dan parit-parit sepanjang jalan sudah mula meningkat. Tidak mengapa, tentang hujan lebat dan kemungkinan untuk banjir kami ketepikan dahulu, fokus utama sekarang kepada rumah terbuka Puan Masitah.
Sampai sahaja di rumah Puan Masitah hujan masih lebat. Agak basah baju kami dibuatnya dek hujan. Kami disambut oleh suami Puan Masitah, Encik Sadek. Apabila melangkah masuk ke dalam rumah Puan Masitah, pelajar rakan-rakan dari opsyen pendidikan jasmani sudah terlebih dahulu tiba di rumah Puan Masitah. Kami membantu Pauan Masitah dan suaminya menyiapkan perkara-perkara yang belum diuruskan. Sebahagiannya ada yang membantu di dapur dan sebahagiannya membantu di ruang tamu menyediakan tempat. Pada pandangan saya, rumah milik Puan Masitah dan Encik Sadik amat kemas dan teratur, sesuailah dengan pasangan suami isteri ini yang senantiasa tampil kemas dan teratur. Selesai menyiapkan tempat untuk jamuan, kami berbual-bual sesama sendiri sambil menjamah kuih-muih terlebih dahulu. Enak dan empuk, perkataan ini mungkin dapat memberi gambaran jelas tentnag kenikmatan rasa kuih-muih yang dihidangkan. Aku sangat tertarik dengan kuih "Tat Rasberi" sangat sedap dan empuk. Warna ungu kuih ini juga agak berbeza dan menarik perhatian aku. Sekiranya diberi pilihan untuk membawa pulang salah satu kuih, sudah tentu aku memilih untuk membawa pulang kuih "Tat Rasberi" ini.
Selesai membantu menghidangkan makanan di ruang tamu, kami berkumpul dan mula mengambil makanan. Walau bagaimanapun, ternyata kek keju menjadi sasaran pertama kebanyakkan dari kami. Ini mungkin kali pertama aku marasai kek keju dan subhanallah, sanagt sedap. sekejap sahaja sudah hampir habis kek keju yang tersedia di atas meja. Menu utama hari ini ialah masi hujan panas bersama acar nanas, ayam masak merah, daging rebus dan juga air asam. Alhamdulillah, sangat sedap. Kata orang, sesuatu makanan akan terasa lebih lazat apabila dimakan bersama-sama dan secara beramai-ramai, ternyata sekali kata-kata ini adalah benar. Air oren sejuk dan puding sebagai pelengkap menu utama. manis, sedap dan besesuaian dengan menu, itu sahaja yang dapat digambarkan apabila melihat riak muka rakan-rakan.
Selesai menjamah makanan, kami bersolat jemaah dan Syahmi mengimamkan solat zohor pada petang itu. Selesai bersolat, masih ada rakan-rakan yang menyambung semula menjamah puding dan kuih-muih sambil berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain dan Puan masitah.
Puan Masitah menyoal kami sama ada kami ingin menjamah bihun sup pula. Jika iya, Puan Masitah ingin kami menolong beliau menyediakan bahan-bahan untuk bihun sup tersebut. Oleh kerana kami bersetuju maka kami bersiap-siap untuk membantu Puan Masitah menyediakan bahan-bahan. Ada yang membersihkan dan merebut daging, ada yang memotong bahan-bahan untuk dimakan bersama dengan bihun sup, ada yang menyediakan bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meriah dan agak riuh dapur Puan Masitah pada patang itu. Rakan-rakan dari kelas pengajian sosial baru hadir dan Puan Masitah menjemput mereka dan mempelawa mereka untuk makan terlebih dahulu.
Akhirnya selesai sudah membuat bihun sup dan kami menghidangkan bihun sup di ruang tamu. Puan Masitah membancuh air teh panas, bersesuaianlah dengan keadaan cuaca yang masih sejuk pada masa itu. Puan Masitah telah membancuh dua jenis teh yang berbeza iaitu "Teh Agray" dan "Teh Appricot". Aku merasai kedua-dua teh trsebut dan ternyata "Teh Appricot" lebih sedap dan wangi baunya. Menurut Puan Masitah, "Teh Agray" adalah teh yang diminum pada petang hari dan "Teh Appricot" sesuai diminum pada bila-bila masa sahaja. Teh-teh ini dibawa pulang oleh ahli keluarganya yang sedang meneruskan pengajian di tahap "Master" di England. Bertuah juga rasanya dapat meneguk dan merasai teh-teh yang dibawa dari England, alhamdulillah. Sebelum kami berangkat pulang, Puan Masitah mengarahkan kami membungkus nasi dan lauk-pauk yang masih ada. Selesai semuanya, kami mengucapkan terima kasih dan beransur keluar dari rumah Puan Masitah dan keadaan hujan masih lebat dan tiada tanda-tanda untuk berhenti.
Sebelum pulang kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di pasaraya Sri Utama untuk mendapatkan bahan mentah untuk memasak bagi persediaan sekiranya banjir berlaku. Banyak juga barang-barang yang kami beli dan semoga barang-barang mentah ini mencukupi sekiranya hujan terus turun dengan lebat dan banjir kembali menimpa Perlis.
Wallahu'alam
simp13rubrik
No comments:
Post a Comment