Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum..
Kali ni nak bawak jalan-jalan kenal dengan bangunan yan terdapat di Institut Pandidikan Guru Kampus Perlis, tapi tak semua tempat la, sekadar yang sempat snap tempoh hari.
Pintu Masuk Utama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Gerbang utama bagi semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis unutk masuk dan keluar. Perlu melalui pemeriksaan pengawal keselamatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Para pengawal keselamatan yang ada di sini ramah dan tidak keberatan untuk memberikan panduan kepada mereka yang mempunyai urusan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Blok Akademik Dan Pejabat Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Bangunan ini menempatkan hampir semua jabatan akademik yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Pejabat utama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis juga terdapat di sini begitu juga dewan kuliah dan makmal sains. Bangunan ini mempunyai tiga tingkat dan setiap tingkat mempunyai jabatan akademik dan juga bilik kuliah yang diatur dengan sistematik untuk memudahkan para pengunjung untuk bergerak ke destinasi mereka. Fasiliti yang terdapat di sini dalam keadaan baik dan para mahasisiwa pendidik turut memainkan peranan sebagai pemerhati dan melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku untuk memudahkan pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Astaka dan Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Bangunan ini berfungsi sebagai bangunan utama sebarang aktiviti melibatkan padang seperti Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Segala kelengkapan sukan disimpan rapi di dalam stoe yang terdapat di aras bawah bangunan ini. Para mahasisiwa pendidik juga boleh menggunakan bangunan ini untuk sebarang aktiviti riadah.
Gelanggang Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Gelanggang Bola Tampar
Gelanggang Bola Keranjang
Gelanggang Bola Jaring Dan Futsal
Dewan Indera Kayangan (DIK) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Dewan Indera Kayangan (DIK) berfungsi sebagai dewan utama sebarang aktiviti rasmi sama ada yang dianjurkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sendiri atau pihak luar. Dewan ini juga berfungsi sebagai dewan peperiksaan bagi Mahasiswa Pendidik.
Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dilengkapi dengan bilik kuliah di aras pertama dan aras kedua. Gimnasium ini juga dilengkapi dengan gelanggang badminton dan gelanggang skuasy. Pada mahasiswa pendidik boleh menggunakan kelengkapan yang ada di gimnasium sekiranya mendapat kebenaran daripada pensyarah yang bertugas.
Surau Nurul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Surau Nurul Iman adalah temapt ibadat utama bagi mahasiswa pendidik yang beragama Islam. Segala aktiviti kerohanian serta keagamaan dijalankan di sini. Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) merupakan badan rasmi atau persatuan rasmi yang menguruskan segala perjalanan aktiviti dakwah dan kerohanian di Surau Nurul Iman yang melibatkan semua golongan sasaran tidak mengira agama. Perjalanan badan PGPI ini adlah dibawah naungan Jabatan Pengajian Islam (JPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Ahli yang menjadi ahli jawatankuasa PGPI adalah terdiri daripada para mahasisi pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sendiri.
Blok Asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Blok asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis adalah tempat penginapan utama para mahasiswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. terdapat juga mahasisiwa pendidik yang tinggal di luar kampus. Setiap blok asrama mempunyai warden yang tersendiri, para mahasiswa pendidik boleh mendapatkan sebarang pertolongan sekiranya berlaku kecemasan di asrama. Warden juga memainkan peranan untuk mengawal disiplin penghuni asrama untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang mahasisiwa pendidik bermautatin di blok asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Itu sahaja untuk kali ini, insya Allah beberapa fasiliti lain yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis akan dinyatakan pada masa hadapan, sehingga berjumpa lagi pada post yang seterusnya.
wallahu'alam..
assalamu'alaikum..
selesai dh jelajah kampus. sayangla xsempat snap pic pulako eh?
ReplyDelete