Selamat Datang

Followers

Saturday 10 August 2013

Semoga Hari Esok Hadiah Terbaik Hari Jadi Ke 23

Assalamu'alaikum..

Hari Raya Aidilfitri ke 3 tahun 2013 adalah hari lahir aku yang ke 23, cepat benar masa berlalu mengharapkan peningkatan umur ini sebagai penanda aras buat aku supaya lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam setiap urusan kerja aku kelak insya Allah.

Esok 11 Ogos 2013 insya Allah aku akan bergerak ke rumah seseorang yang sudah lama dirancangkan namun tiada kesempatan lagi untuk menjejakkan kai ke sana. Banyak halangan juga yang terpaksa dilalui pada peringkat awal perancangan untuk mendapatkan kebernaran, namun alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai keluarga yang supportif dan memahami keadaan aku.

Isu kebenaran dan kenderaan sudah diselesaikan, namun sekarang aku berhadapan dengan rasa resah dan risau tentang apa yang akan berlaku di sana, khuatir disoal yang bukan-bukan, khuatir diajar berbual perkara yang bukan bidang aku, khuatir terjerat dek lidah yang kaku. Sudah tiada jalan untuk berpatah balik kerana semuanya telah dirancang, semoga aku dipermudahkan urusan berkenalan dengan keluarganya secara formal esok. Sedang ralik dan leka membaca update di paparan muka buku, aku tertarik dengan satu perkongsian mengenai doa agar dipermudahkan urusan dan ucapan. Saban hari membaca ayat ini, doa ini, namun baharu diketahui khasiatnya bagi pengamal dan pembacanya. Alhamdulillah, mungkin kebetulan ini sebagai asbab untuk memudahkan urusan aku esok, hanya Allah yang tahu. Semoga aku tidak kaku di ruang tamu, semoga aku tidak membisu bagaikan batu, tatkala bertentang mata dengan dengan 'Zaim' keluarganya, semoga dipermudahkan urusan bagi aku untuk memohon kebenarannya untuk berkenalan dengan lebih baik lagi dengan kuntuman bunga miliknya dan juga dilembutkan lidah ini untuk meminta kebenarannya untuk mengenali dengan lebih mendalam dengan ahli keluarga pimpinannya. Aku hanya merancang, Allah juga yang menentukan, semoga diberi segala kekuatan buat aku untuk dipermudahkan urusan esok insya Allah :) 

Semoga segala urusan dipermudahkan, dengan harapan persinggahan esok dan pertemuan esok merupakan hadiah yang terbaik buat hari lahir aku yang ke 23 ini, insya Alalh :)

Wallahu'alam


Friday 31 May 2013

Cubaan mencoret sajak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum,

Sudah lama benar dibiar berhabuk blog ini, harap boleh mula rajin post semula, insya Allah. Kali ni nk cuba post sajak ciptaan sendiri, mungkin tiada indahnya, tiada hebatnya, sekadar ingin mencuba insya Allah harapnya nanti semakin mahir. 

Sajak pertama dari saya bertajuk Bahtera dinukil khas buat seseorang yang mula belayar untuk Program Tunas Samudera untuk Institut Pendidikan Guru bagi tahun 2013, semoga dia senantiasa berada dalam perlindungan Allah dan semoga Allah mengurniakan kepadanya kekuatan fizikal dan mental untuk terus kuat untuk melengkapkan Program Tunas Samudera tersebut insya Allah. 

Harap komen ya, saya budak baharu belajar mencoret nukilan sajak.

Wallahu'alam

Sajak

Bahtera

Termanggu sendiri aku di sini,
Menanti khabaran tidakkan tiba,
Dari si dia yang jauh di sana.
Bertemankan bahtera agung terbina,
Yang mula mudik jauh ke laut.
Berlayar megah membelah samudera,

Layar yang angkuh mula merepuh,
Membelah badai laut nan biru,
Hadirnya risau berteman gusar,
Berkembang di hati si anak gunung,
Pada Malinja bersama bahtera,
Yang mula hilang ditelan kabus,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharap ribut tiada berkunjung,
Mengharap laut tiada menggila,
Mengharap cuaca tiada menduga,
Mengharap  layar teguh berdiri
Pada bahtera yang mencabar samudera,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharapkan Malinja sentiasa perdana,
Dalam lincah gerak-gerinya,
Pada sihat tubuh badannya,
Dalam istiqamah pada ibadahnya,
Pada ketahanan dalam fikirannya,
Sepanjang berlayar ditemani bahtera,
Sepanjang menghempas laluan samudera.


Nukilan Abdul Hannan Bin Abdul Rahman
Jam 20.00 
31 Mei 2013