There was an error in this gadget

Selamat Datang

Followers

Friday, 31 May 2013

Cubaan mencoret sajak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum,

Sudah lama benar dibiar berhabuk blog ini, harap boleh mula rajin post semula, insya Allah. Kali ni nk cuba post sajak ciptaan sendiri, mungkin tiada indahnya, tiada hebatnya, sekadar ingin mencuba insya Allah harapnya nanti semakin mahir. 

Sajak pertama dari saya bertajuk Bahtera dinukil khas buat seseorang yang mula belayar untuk Program Tunas Samudera untuk Institut Pendidikan Guru bagi tahun 2013, semoga dia senantiasa berada dalam perlindungan Allah dan semoga Allah mengurniakan kepadanya kekuatan fizikal dan mental untuk terus kuat untuk melengkapkan Program Tunas Samudera tersebut insya Allah. 

Harap komen ya, saya budak baharu belajar mencoret nukilan sajak.

Wallahu'alam

Sajak

Bahtera

Termanggu sendiri aku di sini,
Menanti khabaran tidakkan tiba,
Dari si dia yang jauh di sana.
Bertemankan bahtera agung terbina,
Yang mula mudik jauh ke laut.
Berlayar megah membelah samudera,

Layar yang angkuh mula merepuh,
Membelah badai laut nan biru,
Hadirnya risau berteman gusar,
Berkembang di hati si anak gunung,
Pada Malinja bersama bahtera,
Yang mula hilang ditelan kabus,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharap ribut tiada berkunjung,
Mengharap laut tiada menggila,
Mengharap cuaca tiada menduga,
Mengharap  layar teguh berdiri
Pada bahtera yang mencabar samudera,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharapkan Malinja sentiasa perdana,
Dalam lincah gerak-gerinya,
Pada sihat tubuh badannya,
Dalam istiqamah pada ibadahnya,
Pada ketahanan dalam fikirannya,
Sepanjang berlayar ditemani bahtera,
Sepanjang menghempas laluan samudera.


Nukilan Abdul Hannan Bin Abdul Rahman
Jam 20.00 
31 Mei 2013

1 comment:

  1. :) pembetulan2.
    dari tu ntuk tempat. dari perlis ke gurun. begitu. kalau macam ayat kamu di atas tu, daripada ya. "Daripada si dia yang jauh di sana."

    kedua. belayar bukan berlayar. haha. typo kot :)
    saya nk respond sikit pada perenggan ni :

    "Disemat doa pada yang Esa,
    Mengharap ribut tiada berkunjung,
    Mengharap laut tiada menggila,
    Mengharap cuaca tiada menduga,
    Mengharap layar teguh berdiri
    Pada bahtera yang mencabar samudera,"

    ribut/hujan berkunjung pada hari pertama. Alhamdulillah. saya pulun jadi orang yg dapat baju hujan spaya dapat merasa buka layar waktu hujan lebat. masa hujan ni la kelajuan kapal capai 15 knot. paling laju pernah kapal ni capai spanjang pelayaran. sronok sangat buka layar masa hujan. saya sampai jatuh2 tp syukur xinjured.

    laut agak menggila. kapal dah jadi macam jongkang jongket. seronok. haha. masa laut menggila ni saya dapat jadi satu2nya pelayar yg sempat naikkan bendera malysia kat hujungggg kapal bahagian depan. sronok sangat naikkan bendera d laut dalam. gelora laut sampai 2 3 meter tingginya. ngee~

    Alhamdulillah. cuaca masa 1st day ja mendung n hujan. masa kami merentasi selat singapora. masa tu semua atas tiang kapal di foremast. saya dapat jadi orang last yg trun ala2 flying fox. masa tu dah rintik2. lepas tu krew xbagi dah turun kot situ sebab bahaya. bila hujan, tali basah so licin. turun laju sangat. amin omar xdan nk buat. haha. cuaca hari yg brikutnya panas. tp syukur sbb cuaca macam tu kami xpayah nk berasak di galley. hoho.

    ok, respond tentang sajak kamu. ok. tak terikat dengan rima pantun. mudah difahami. buat la lagi ;) n.......tqsm :D sorry sbb baru prasan.





    ReplyDelete