There was an error in this gadget

Selamat Datang

Followers

Monday, 12 September 2011

Rumah Terbuka Puan Masitah

12 September 2011

Hari ini kami akan menghadari rumah terbuka Puan Masitah, pensyarah subjek teknologi dalam pendidikan kami. Pada mulanya beliau ingin mengadakan jamuan ini pada hari Sabtu namun akibat beberapa yang tidak dapat dielakkan, jamuan ini di ubah pada hari Ahad. keadaan cuaca hari ini agak suram memandangkan hujan labat turun terus-menerus dari pagi hari. Paras air di sungai-sungai dan parit-parit sepanjang jalan sudah mula meningkat. Tidak mengapa, tentang hujan lebat dan kemungkinan untuk banjir kami ketepikan dahulu, fokus utama sekarang kepada rumah terbuka Puan Masitah. 






Sampai sahaja di rumah Puan Masitah hujan masih lebat. Agak basah baju kami dibuatnya dek hujan. Kami disambut oleh suami Puan Masitah, Encik Sadek. Apabila melangkah masuk ke dalam rumah Puan Masitah, pelajar rakan-rakan dari opsyen  pendidikan jasmani sudah terlebih dahulu tiba di rumah Puan Masitah. Kami membantu Pauan Masitah dan suaminya menyiapkan perkara-perkara yang belum diuruskan. Sebahagiannya ada yang membantu di dapur dan sebahagiannya membantu di ruang tamu menyediakan tempat. Pada pandangan saya, rumah milik Puan Masitah dan Encik Sadik amat kemas dan teratur, sesuailah dengan pasangan suami isteri ini yang senantiasa tampil kemas dan teratur. Selesai menyiapkan tempat untuk jamuan, kami berbual-bual sesama sendiri sambil menjamah kuih-muih terlebih dahulu. Enak dan empuk, perkataan ini mungkin dapat memberi gambaran jelas tentnag kenikmatan rasa kuih-muih yang dihidangkan. Aku sangat tertarik dengan kuih "Tat Rasberi" sangat sedap dan empuk. Warna ungu kuih ini juga agak berbeza dan menarik perhatian aku. Sekiranya diberi pilihan untuk membawa pulang salah satu kuih, sudah tentu aku memilih untuk membawa pulang kuih "Tat Rasberi" ini.







Selesai membantu menghidangkan makanan di ruang tamu, kami berkumpul dan mula mengambil makanan. Walau bagaimanapun, ternyata kek keju menjadi sasaran pertama kebanyakkan dari kami. Ini mungkin kali pertama aku marasai kek keju dan subhanallah, sanagt sedap. sekejap sahaja sudah hampir habis kek keju yang tersedia di atas meja. Menu utama hari ini ialah masi hujan panas bersama acar nanas, ayam masak merah, daging rebus dan juga air asam. Alhamdulillah, sangat sedap. Kata orang, sesuatu makanan akan terasa lebih lazat apabila dimakan bersama-sama dan secara beramai-ramai, ternyata sekali kata-kata ini adalah benar. Air oren sejuk dan puding sebagai pelengkap menu utama. manis, sedap dan besesuaian dengan menu, itu sahaja yang dapat digambarkan apabila melihat riak muka rakan-rakan.




Selesai menjamah makanan, kami bersolat jemaah dan Syahmi mengimamkan solat zohor pada petang itu. Selesai bersolat, masih ada rakan-rakan yang menyambung semula menjamah puding dan kuih-muih sambil berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain dan Puan masitah.



Puan Masitah menyoal kami sama ada kami ingin menjamah bihun sup pula. Jika  iya, Puan Masitah ingin kami menolong beliau menyediakan bahan-bahan untuk bihun sup tersebut. Oleh kerana kami bersetuju maka kami bersiap-siap untuk membantu Puan Masitah menyediakan bahan-bahan. Ada yang membersihkan dan merebut daging, ada yang memotong bahan-bahan untuk dimakan bersama dengan bihun sup, ada yang menyediakan bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meriah dan agak riuh dapur Puan Masitah pada patang itu. Rakan-rakan dari kelas pengajian sosial baru hadir dan Puan Masitah menjemput mereka dan mempelawa mereka untuk makan terlebih dahulu.




Akhirnya selesai sudah membuat bihun sup dan kami menghidangkan bihun sup di ruang tamu. Puan Masitah membancuh air teh panas, bersesuaianlah dengan keadaan cuaca yang masih sejuk pada masa itu. Puan Masitah telah membancuh dua jenis teh yang berbeza iaitu "Teh Agray" dan "Teh Appricot". Aku merasai kedua-dua teh trsebut dan ternyata "Teh Appricot" lebih sedap dan wangi baunya. Menurut Puan Masitah, "Teh Agray" adalah teh yang diminum pada petang hari dan "Teh Appricot" sesuai diminum pada bila-bila masa sahaja. Teh-teh ini dibawa pulang oleh ahli keluarganya yang sedang meneruskan pengajian di tahap "Master" di England. Bertuah juga rasanya dapat meneguk dan merasai teh-teh yang dibawa dari England, alhamdulillah. Sebelum kami berangkat pulang, Puan Masitah mengarahkan kami membungkus nasi dan lauk-pauk yang masih ada. Selesai semuanya, kami mengucapkan terima kasih dan beransur keluar dari rumah Puan Masitah dan keadaan hujan masih lebat dan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Sebelum pulang kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di pasaraya Sri Utama untuk mendapatkan bahan mentah untuk memasak bagi persediaan sekiranya banjir berlaku. Banyak juga barang-barang yang kami beli dan semoga barang-barang mentah ini mencukupi sekiranya hujan terus turun dengan lebat dan banjir kembali menimpa Perlis.

Wallahu'alam

simp13rubrik 

Sunday, 11 September 2011

Moh Makan Di Rumah Terbuka Puan Hairani...

11 September 2011

Hari ini aku dan kawan-kawan akan menghadiri majlis rumah terbuka. Rumah terbuka ini bertempat di Taman Utama 3, Kangar dan dianjurkan oleh mentor kami dan keluarganya iaitu Puan Hairani. Semua rakan sekelas bersepakat untuk memakai baju raya bersempena dengan sambutan raya yang masih segar. Alhamdulillah, cuaca cerah dan redup, mungkin kerana masih pada pagi hari.







Kami berjumpa di perkarangan rumah Puan Hairani. Amboi, kacak dan cantik berseri semua rakan sekelas yang hadir hari ini berbaju raya. Kami tiba agak awal, namun puteri-puteri kelas aku hadir lebih awal dari putera-putera, padanlah, puan ada memohon mereka untuk hadir lebih awal supaya dapat menolong sedikit sebanyak menyiapkan tempat untuk jamuan.

Menu makan hari ini ialah bihun sup soto dan nasi dagang. Alhamdulillah, sedap namun bagi saya secara peribadi saya lebih menyukai nasi dagang yang dihidangkan. nasi dagang yang dibuat oleh mentor kami disertakan dengan dua jenis lauk iaitu lauk ayam dan ikan, Jadi bagi mereka yang datang menghadiri majlis ini bebas memilih untuk mengambil mana lauk yang disukai mereka. Kepala saya agak pening sedikit selepas menjamah bihun sup soto. Mungkin kerana penangan supnya yang agak berlainan dari resepi biasa, namun rasanya masih sedap. Kuih raya turut disediakan dan pelbagai jenis kuih-muih dihidangkan. Air oren dihidangkan menyulami makanan yang disediakan. agak manis air yang disediakan, mungkin kerana ais yang dimasukkakn ke dalam bekas masih belum cair. Selesai makan, kami berbual dan mengambil gambar kenang-kenangan beramai ramai.









Semoga Allah merahmati Puan Hairani sekeluarga atas kemurahan hati beliau mengadakan rumah terbuka dengan harapan semoga tahun depan ada peluang sekali lagi kami untuk menghadiri jamuan rumah terbuka, insyaAllah..

Wallahu'alam

simp13rubrik

Saturday, 10 September 2011

The Last But The Most Interesting SBE Experience Ever...

Assalamualaikum..

Kali ini nak mengimbau kembali kenangan menjalani School Based Experince (SBE) atau Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang terakhir sepanjang pengajian di IPG. Walaupun SBE ini adalah SBE yang terakhir, namun amat berbaloi rasanya kerana aku mempelakjari pelbagai pengalaman baharu dan berjumpa dengan ramai rakan baharu dari IPG lain.

Kali ini, aku, Zul dan Faizol sudah bersetuju untuk menjalankan SBE kami di salah sebuah sekolah orang asli yang terletak di Felda Lasah, Sungai Siput, Perak. Ingin mencari pengalaman baharu, manakan tidak, selepas ini mana mungkin kami boleh memilih sekolah yang ingin kami pergi memandangkan kami sudah akan memulakan sesi praktikum pada semester hadapan. Ramai rakan-rakan menyoal kami, kenapa mesti ke sana sedangkan pada tarikh SBE tersebut adalah dalam bulan puasa dan lebih elok hanya membuat SBE di sekolah berhampiran rumah supaya mudah dan lebih berbaloi. Namun, bagi kami, memandangkan ini adalah SBE terakhir kami, lebih baik kami merasai pengalaman mengajar dan melihat proses pembelajaran di sekolah orang asli, manakan tahu nanti dihantar ke kawasan pendalaman, kami sudah biasa dan tidak lagi kaget dengan suasana dikelilingioleh orang asli.


21 Ogos 2011



Kami bersiap-siap untuk bertolak ke SK Chenein. kami bergerak ke SK Chenein menggunakan kereta milik ayah Zul. Persiapan yang lengkap dan pemeriksaan yang teliti telah dilakukan oleh Zul untuk memastikan kerata tersebut berada dalam keadaan yang terbaik tanpa sebarang masalah. Selesai mengemas dan memasukkakan barang-barang ke dalam kereta, kami bertolak ke Felda Lasah dengan iringan doa supaya kami selamat sampai.

  
Kami bertolak pada pukul 1 tangahari dari Hutan Kampung, Kedah selepas menukar kereta di rumah Zul. perjalanan agak lancar dan kami memilih untuk menggunakan jalan kampung sambil menikmati pemandangan dan perubahan yang telah berlaku di sekitar kawasan yang kami lalui sepanjang perjalanan ke Felda Lasah. Berbekalkan maklumat dari Apai, senior kami yang sudah menjalani SBE di sana dan panduan daripada aplikasi Google Earth, Zul memacu kereta laju menuju ke destinasi.

Pada pukul 4.00 petang kami berhenti di Carrefour Pulau Pinang untuk membeli sedikit bekalan makanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sekolah tersebut jauh dari kawasan kedai makan. Kami berhenti hampir 45 lima minit kerana turut solat jamak di sana dan meneruskan perjalanan pada 4.45 petang. Keadaan traffik di Pulau Pinang agak lengang hari ini mungkin kerana hari ini adalah hari minggu, ramai yang meluangkan masa bersama keluarga di rumah barangkali.

perjalanan diteruskan dan kami berhenti sebentar di sisi jalan selepas mendengar berkumandangnya azan Magrib. Kami hanya berbuka dengan air kotak teh krisantimum dan sedikit kuih yang kami bawa. Selesai berbuka, kami meneruskan perjalanan kami.


Kami tiba di SK Chenein pada pukul 8.30 malam. perjalanan kami agak mudah kerana kami terlebih dahulu singgah ke balai polis untuk bertanyakan kedudukan sekolah. sampai sahaja di SK Chenein, kami turun dan bergerak ke pondok pengawal asrama sekolah dan dibawa berjumpa dengan Abang Amir Pegawai Pengurusan Murid (PPM) dan Abang Amir meminta anak-anak orang asli yang tinggal di asrama tersebut untuk menunjukkan bilik yang akan kami menginap sepanjang SBE kali ini. 

Kami ditempatkan di dalam bilik di tingkat tiga dan kami pergi melihat bilik terlebih dahulu. Keadaan bilik sangat cantik dan tandas asrama ini juga sangat bersih. Kami kemudiannya keluar ke Pekan Sungai Siput untuk makan malam. agak sukar mencari kedai makanan Melayu di sini dan hampir 45 minit berlegar-legar di Pekan Sungai Siput, baru kami selesai membuat pilihan. Kami berhenti makan di Restoran Aziz Tomyam. Ramai orang di sini, semua bangsa ada berkumpul untuk makan di bawah satu bumbung. makanan yang disediakan sangat sedap dan sangat murah, sangat berbaloi dan boleh dijadikan destinasi wajib jika melalui Pekan Sungai Siput. Selesai makan, kami bergerak ke masjid terlebih dahulu untuk solat jamak dan seterusnya bergerak pulang ke asrama.



Sampai sahaja di Asrama, kami mula memungah barang-barang dan mengemaskan bilik dan berehat.

22 Ogos 2011

Pagi hari pertama SBE kami makan sahur di dewan makan asrama sekolah. Sangat sedap, kenyang juga kami pagi itu. Anak-anak orang asli yang tinggal di asrama ini turut turun beramai-ramai untuk bersahur, sangat meriah walaupun hanya untuk bersahur. Selesai bersahur kami menyiapkan diri untuk hari pertama SBE di SK Chenein.




Seperti biasa, pada hari pertama semestinya menghadiri perhimpunan mingguan. Guru-gur sudah sedia maklum dengan kehadiran kami tapi kami pula yang tidak mengetahui ada guru pelatih dari IPG lain turut datang untuk menjalani SBE di sekolah ini. Semasa perhimpunan kami diarahkan untuk memperkenalkan diri pada para pelajar secara ringkas. Guru besar iaitu Tuan Syed Isa mempertanggungjawabkan kami kepada Cikgu Tarmizi dan kami bebas untuk meminta atau menyoal sebarang perkara berkaitan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran kepada Cikgu Tarmizi.


Selesai memberi penerangan guru besar mengarahkan kami mengisi buku pelawat sebagai bukti kami telah hadir ke SK Chenein. Bilik gerakan dijadikan sebagai tempat kami berhimpun dan berbincang. Aku dan zul menanyakan Cikgu Tarmizi tentang guru bahasa Inggeris dan kami diminta merujuk pada Cikgu Gorwi dan beliau sudah memaklumkannya kepada Cikgu Gowri. 


Guru besar telah mengarahkan kami untuk bergerak ke dewan besar untuk menghadiri satu ceramah agama bersama-murid-murid. Selepas ceramah, kami bersurai dan pulang ke asrama.

Pada petang tersebut kami keluar melihat kawasan Sungai Siput dan Felda Lasah. Felda ini agak besar dan agak jauh dari pekan Sungai Siput. Hampir 15 hingga 20 minit diperlukan untuk sampai di kawasan Pekan Sungai Siput. 


Kami berbuka di dewan makan mamandangkan pihak sekolah membenarkan kami menyertai anak-anak orang asli ini untuk makan bersama-sama mereka sepanjang kami berada di asrama mungkin untuk memberikan gambaran sebenar mengajar di sekolah orang asli. Selesai berbuka kami berbual dengan pengurus dewan makan tersebut dan dia gembira dengan kehadiran kami ke situ.

23 Ogos 2011







Pada hari kedua, seperti biasa kami bersahur dan menyiapkan diri untuk ke kelas. Untuk hari ini, kami akan masuk dan memerhatikan proses pengajaran subjek bahasa Inggeris berlangsung dan disampaikan oleh Cikgu Gowri. Kelas yang kami hadiri untuk pemantauan ialah kelas darjah satu. Pelbagai informasi dan teknik telah kami perolehi daripada proses pengajaran Cikgu Gowri. Selesai kelas beliau, kami berbual di biluk guru dan Cikgu Gowri memberitahu beberapa strategi untuk memastikan kefahaman pada murid-murid di pedalaman. Selain itu, sepanjang pemerhatian saya di kelas, saya mendapati ramai murid-murid yang mengalami disleksia. mereka tidak dapat membaca perkataan pada papan putih dengan baik. Cikgu Gowri memberitahu bahawa ibu bapa murid-murid ini enggan bekerjasama untuk membawa dan merujuk anak-anak mereka kepada doktor pakar. Dengan adanya kelulusan daripada doktor pakar, murid-murid ini boleh dirujuk dan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas bagi membantu murid-murid ini mengatasi permasalahan disleksia mereka.







Selepas selesai sesi pembelajaran pada hari tersebut, kami bersetuju untuk keluar dan melawat Bandar Di-Raja Perak iaitu Bandar Kuala Kangsar. Suasana agak redup dan nyaman, sampai sahaja di Kuala kangsar kami pergi melihat Kediaman Di-Raja Perak. Sangat besar dan cantik, itu sahaja yang dapat menggambarkan Kediaman Di-Raja Perak ini. Kemudian kami bergambar di hadapan Muzium Negeri Perak, di Pintu Gerbang Kediaman Di-Raja Perak dan juga di hadapan Masjid Ubudiah. Subhanallah, sangat cantik binaan bangunan-bangunan ini. Hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi Perak. Kami kemudian bergerak kembali ke Pekan Sungai Siput dan singgah sebentar di Pasaraya The Store menghabiskan masa menunggu waktu berbuka. Kami bergerak kembali ke asrama SK Chenein tepat pukul tujuh. Malam itu kami berbuka seperti biasa di dewan makan sekolah dan berehat.

24 Ogos 2011

Rutin pagi kami seperti biasa. Hari ini aku rancang untuk menjalankan temua bual dengan guru-guru yang terlibat untuk dapatan maklumat bagi tugasan SBE. Pagi ini aku tolong ambilkan gambar untuk guru pelatih IPG Ipoh, mereka kena adakan aktiviti berkaitan pendidikan seni visual dengan murid. Mereka dibenarkan menjalankan aktiviti dengan murid tahun lima. Iera, Nisak, dan Nisal masing-masing membahagikan tugas dan mengadakan aktiviti berkaitan seni visual yang berbeza dengan murid-murid tahun lima yang telah dipecahkan kepada tiga kumpulan.





Selesai aktiviti-aktiviti tersebut, Cikgu Gowri meneruskan perjalanan proses pembelajaran dengan subjek bahasa Inggeris. Aku memohon kebenaran untuk melihat proses pembelajaran tersebut dan cuba mencatatkan butir-butir penting bagi menjawab kehendak soalan SBE kali ini.





Selesai waktu persekolahan pada hari ini. Aku, Zul dan Faizol bersiap-siap untuk ke Ipoh. Alang-alang sudah di Sungai Siput, lebih baik singgah sebentar di Ipoh. Semasa dalam perjalanan ke Ipoh, kami berhenti sebentar untuk mandi-manda di Ulu Chepor di Chemor. Segar rasanya badan, kami kemudian meneruskan perjalanan ke Ipoh.  



Perjalanan kami pergi ke Ipoh kali ini dibawa oleh Faizol memandangkan Zul akan membawa kereta semasa pulang malam nanti. kami terus ke Jusco dan berlegar-legar dalam pasaraya Jusco sementara menanti waktu berbuka. Menu berbuka hari ini ialah mee sizzling. Ramai betul orang yang menjadikan mee sizzling sebagai menu berbuka, agak lama juga beratur menanti giliran. Alhamdulillah sempat dapat makanan seawal waktu berbuka. Selesai berbuka kami solat, kemudian kami berlegar-legar dalam Jusco dan kami menonton wayang "Cowboy And Alien ". Secara keseluruhannya cerita ini agak menarik. Kemudian kami masuk semula ke dalam Jusco untuk membeli Frying Pan memandangkan harganya agak murah dan berbaloi.

Sebelum balik ke asrama, Zul membawa kami berjumpa dengan bapa saudara dia. Bapa saudara dia menyambut kami dan menghidangkan kami dengan makanan. Sudah jadi serba salah pula sekiranya kami tidak menjamah makanan yang disediakan. Selepas itu kami bergegas pulang untuk berehat di asrama.

25 Ogos 2011

Hari keempat kami berada di sini. Cepat betul rasanya masa berlalu. hari ini kami berkumpul di bilik guru sambil mengatur semula kerja-kerja dan berbual-bual sebentar. Kemudiaannya guru besar meminta kami berkumpul di dalam bilik gerakan. Semasa di dalam bilik gerakan, guru besar, Tuan Syed Isa memberikan peluang kepada kami untuk memberi sedikit refleksi tentang pandangan kami pada sekolah tersebut. kami turut diberi peluang untuk menyoal soalan. Encik Muhammad Razali selaku guru penolong kanan akademik banyak menerangkan dan menjawab soalan kami. Selain itu beliau turut mengedarkan takwim sekolah dan berkongsi informasi berkenaan pengurusan sekolah dan asrama di SK Chenein. 






Selesai perjumpaan dengan guru besar, teerus bergerak ke kelas tahun dua untuk merakamkan video dan gambar proses pembelajaran yang disampaikan oleh Shafikah. Setiap subjek minor mempunyai tugasan tersendiri, seperti aku dan Zul, kami perlu membuat jurnal proses pengajaran subjek bahasa Inggeris. Namun bagi guru pelatih yang mempunyai minor bahasa Melayu seperti Faizol dikehendaki memerhatikan dan mencatatkan perjalanan proses pembelajaran bahasa Melayu. Manakala bagi minor pendidikan seni visual mereka perlu mengumpulkan karya murid-murid dan bagi minor matematik pula mereka harus menyediakan rancangan pengajaran harian dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 

Selepas sesi kelas, kami hanya berehat di dalam bilik sahaja dan keluar pada petang harinya melihat kawasan persekitaran Felda Lasah.




Bergambar sebentar di pondok sewang moden yang terdapat di hadapan asrama sambil menunggu masu waktu Magrib untuk berbuka.



Makan berbuka malam ini sangat mewah, sambal ikan keli, ikan kembong masak kicap, ikan kering goreng, buah pear dan air oren. Makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan dewan makan sangat sedap, padanlah anak-anak orang asli di sini berselera untuk makan semasa berbuka dan bersahur.






Meriah betul malam akhir aku di asrama SK Chenein. Anak-anak orang asli di sini bermain bunga api, kerana pada esok hari mereka akan pulang kembali ke rumah untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga mereka. Seronok bila mengingatkan kembali dan mengimbau masa lampau semasa masih di bangku sekolah. Jauh dari masalah dan rasa bebas sahaja. Sekarang sudah lain, banyak terikat dengan tanggungjawab dan kerja sebagai seorang pelajar merangkap bakal guru, insyaAllah. 

video

video

25 Ogos 2011

Hari terakhir aku di SK Chenein buat kali ini. Pagi ini aku sudah mengemas terlebih dahulu barang-barang aku supaya mudah kami hendak bergerak untuk pulang ke kampung selepas selesai sahaja waktu persekolahan.









Kami mengambil gambar kenang-kenangan kami di SK Chenein, seronok pulak bila berada di sini. insyaAllah, ada rezeki, boleh datang semula.






Cikgu Zainoriah membawa kami melawat rumah orang asli yang berada di Kampung Ulu Chenein dan Kampung Kuala Chenein. Agak jauh jugak, kami pergi ke sana menaiki pacuan Suzuki Vitara kepunyaan Cikgu Zainoriah. Keadaan jalan sangat teruk dan kami telah mempelajari pelbagai pengalaman baharu.


Majlis penyampaian hadiah buat murid-murid yang berjaya berpuasa untuk bilangan hari yang banyak. Selain itu, murid-murid turut diberikan hadiah duit raya dan kuih raya daripada pihak sekolah bersempena dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kami yang menjalankan SBE di sini turut diberikan dengan buah tangan berbentuk kuih raya dan penanda buku daripada SK Chenein. kemudian semua murid-murid bersalam-salaman dengan guru-guru sebelumpulang ke rumah. Kami turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas silap dan salah kami sepanjang berada di sana.





Gambar kenangan bersama guru pelatih IP Ipoh. SBE kali ni tidak hambar kerana kami mendapat pelbagai input, pengetahuan baharu, pengalaman baharu dan tidak kurang juga rakan-rakan IP Ipoh yang ramah dan periang. Selesai bergambar, kami mengemaskan barang-barang dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Amir (PPM) kerana membantu kami dan terima kasih juga buat Zul dan Faizol kerana bersetuju untuk bersama-sama mengadakan SBE terakhir ini di SK Chenein. Tidak dilupakan para guru-guru SK Chenein yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan kami dan terima kasih buat pengusaha dewan makan kerana telah menyedikan makanan yang sangat sedap sepanjang persinggahan kami di SK Chenein. Ucapan terima kasih jugak buat rakan-rakan dari IP Ipoh, Iera, Shafikah, Nisal, Nisak terima kasih dan semoga berjumpa lagi di lain hari, insyaAllah.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pengalaman baharu semasa menjalankan School Based Learning (SBE) atau Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bolehlah anda cuba menjalankan SBE dan PBS anda di sini, mesti berbaloi, insyaAllah



Alamat :

Sekolah Kebangsaan Chenein
Lasah
31110, Sungai Siput (U)
Perak

Nombor Telefon :
6055912930

Nombor Fax :
6055912930


Wallahu'alam

simp13rubrik