Selamat Datang

Followers

Friday 9 September 2011

AkU, KaWAn-kaWaN daN KEnanGAN!!



Raya..raya.........

Raya tahun ini alhamdulillah sangat menarik dan bermakna, kalau sebelum ini mesti aku masih di rumah sahaja kalau keluar sekalipun hanya menziarahi rumah-rumah kenalan yang berdekatan sahaja. Namun, tahun ini agak berbeza, aku mendapat kunjungan daripada rakan-rakan sekolah lama dahulu SMS Tuanku Syed Putra. Terkejut jugak, ingatkan mereka hanya main-main, biasalah  rumah di hujung peta, agak jauh dari kawan-kawan yang mahu datang ziarah. Selepas mendapat kunjungan mereka, mereka mengajak aku keluar bersama beraya di rumah rakan-rakan yang lain. aku mengambil masa sejenak untuk berfikir dan bersetuju. Maka, kami mula mengatur destinasi kami

1. Rumah Terbuka Nurul Ain
2. Rumah Cikgu Normah a.k.a. Rumah Nadiah
3. Masjid Beseri (solat dulu, solat penting (^_^))
4. Rumah Mak Cik Zahrani.
5. Rumah Sakinah (hari ini Sakinah bertunang (^_^))
6. Rumah Kawan Afiq Izzat di Arau



Siapa kata orang tua tak boleh dapat duit raya?

Alhamdulillah, tua-tua macam kami pon dapat lagi duit raya. lawak pulak bila teringat masa itu. Bukan saja dapat makan dekat rumah terbuka Nurul Ain, dapat pulak duit raya. Sedap jugak laksa yang Nurul Ain buat,  kuih raya yang dia buat untuk raya kali ini boleh tahan juga sedapnya. insyaAllah, ada rezeki, tahun depan kami datang ziarah lagi ya cik Nurul Ain. (^_^)




Alahai, sudah bertunang kawan aku seorang ni. tahniah buat Sakinah, akhirnya sudah selesai bertunang dengan Wan Edrul Riza, senior kami semasa di sekolah Syed Putra dahulu, senyum sampai ke telinga Sakinah hari ini. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin ya cik Sakinah. selain itu, terima kasih juga kawan-kawan yang lain yang meluangkan masa berjumpa semasa hari raya kali ini, terima kasih kepada Afiq, Pijat, Mat Ter, Pak Dip, Dini, Nadiah, Mashita, Syaheera, Pjen, Sarah, Sakinah dan Iliya.

Credit to Pak Dik untuk gambar-gambar dan sepupu Sarah, cik Mashita kerana tolong ambilkan gambar kenang-kenangan ini.

Jumpa di post seterusnya

simp13rubrik

No comments:

Post a Comment