Selamat Datang

Followers

Saturday 10 August 2013

Semoga Hari Esok Hadiah Terbaik Hari Jadi Ke 23

Assalamu'alaikum..

Hari Raya Aidilfitri ke 3 tahun 2013 adalah hari lahir aku yang ke 23, cepat benar masa berlalu mengharapkan peningkatan umur ini sebagai penanda aras buat aku supaya lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam setiap urusan kerja aku kelak insya Allah.

Esok 11 Ogos 2013 insya Allah aku akan bergerak ke rumah seseorang yang sudah lama dirancangkan namun tiada kesempatan lagi untuk menjejakkan kai ke sana. Banyak halangan juga yang terpaksa dilalui pada peringkat awal perancangan untuk mendapatkan kebernaran, namun alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai keluarga yang supportif dan memahami keadaan aku.

Isu kebenaran dan kenderaan sudah diselesaikan, namun sekarang aku berhadapan dengan rasa resah dan risau tentang apa yang akan berlaku di sana, khuatir disoal yang bukan-bukan, khuatir diajar berbual perkara yang bukan bidang aku, khuatir terjerat dek lidah yang kaku. Sudah tiada jalan untuk berpatah balik kerana semuanya telah dirancang, semoga aku dipermudahkan urusan berkenalan dengan keluarganya secara formal esok. Sedang ralik dan leka membaca update di paparan muka buku, aku tertarik dengan satu perkongsian mengenai doa agar dipermudahkan urusan dan ucapan. Saban hari membaca ayat ini, doa ini, namun baharu diketahui khasiatnya bagi pengamal dan pembacanya. Alhamdulillah, mungkin kebetulan ini sebagai asbab untuk memudahkan urusan aku esok, hanya Allah yang tahu. Semoga aku tidak kaku di ruang tamu, semoga aku tidak membisu bagaikan batu, tatkala bertentang mata dengan dengan 'Zaim' keluarganya, semoga dipermudahkan urusan bagi aku untuk memohon kebenarannya untuk berkenalan dengan lebih baik lagi dengan kuntuman bunga miliknya dan juga dilembutkan lidah ini untuk meminta kebenarannya untuk mengenali dengan lebih mendalam dengan ahli keluarga pimpinannya. Aku hanya merancang, Allah juga yang menentukan, semoga diberi segala kekuatan buat aku untuk dipermudahkan urusan esok insya Allah :) 

Semoga segala urusan dipermudahkan, dengan harapan persinggahan esok dan pertemuan esok merupakan hadiah yang terbaik buat hari lahir aku yang ke 23 ini, insya Alalh :)

Wallahu'alam


Friday 31 May 2013

Cubaan mencoret sajak

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum,

Sudah lama benar dibiar berhabuk blog ini, harap boleh mula rajin post semula, insya Allah. Kali ni nk cuba post sajak ciptaan sendiri, mungkin tiada indahnya, tiada hebatnya, sekadar ingin mencuba insya Allah harapnya nanti semakin mahir. 

Sajak pertama dari saya bertajuk Bahtera dinukil khas buat seseorang yang mula belayar untuk Program Tunas Samudera untuk Institut Pendidikan Guru bagi tahun 2013, semoga dia senantiasa berada dalam perlindungan Allah dan semoga Allah mengurniakan kepadanya kekuatan fizikal dan mental untuk terus kuat untuk melengkapkan Program Tunas Samudera tersebut insya Allah. 

Harap komen ya, saya budak baharu belajar mencoret nukilan sajak.

Wallahu'alam

Sajak

Bahtera

Termanggu sendiri aku di sini,
Menanti khabaran tidakkan tiba,
Dari si dia yang jauh di sana.
Bertemankan bahtera agung terbina,
Yang mula mudik jauh ke laut.
Berlayar megah membelah samudera,

Layar yang angkuh mula merepuh,
Membelah badai laut nan biru,
Hadirnya risau berteman gusar,
Berkembang di hati si anak gunung,
Pada Malinja bersama bahtera,
Yang mula hilang ditelan kabus,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharap ribut tiada berkunjung,
Mengharap laut tiada menggila,
Mengharap cuaca tiada menduga,
Mengharap  layar teguh berdiri
Pada bahtera yang mencabar samudera,

Disemat doa pada yang Esa,
Mengharapkan Malinja sentiasa perdana,
Dalam lincah gerak-gerinya,
Pada sihat tubuh badannya,
Dalam istiqamah pada ibadahnya,
Pada ketahanan dalam fikirannya,
Sepanjang berlayar ditemani bahtera,
Sepanjang menghempas laluan samudera.


Nukilan Abdul Hannan Bin Abdul Rahman
Jam 20.00 
31 Mei 2013

Tuesday 11 December 2012

Panorama IPG Kampus Perlis


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum..

Kali ni nak bawak jalan-jalan kenal dengan bangunan yan terdapat di Institut Pandidikan Guru Kampus Perlis, tapi tak semua tempat la, sekadar yang sempat snap tempoh hari.


Pintu Masuk Utama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis





Gerbang utama bagi semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis unutk masuk dan keluar. Perlu melalui pemeriksaan pengawal keselamatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Para pengawal keselamatan yang ada di sini ramah dan tidak keberatan untuk memberikan panduan kepada mereka yang mempunyai urusan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Blok Akademik Dan Pejabat Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis




Bangunan ini menempatkan hampir semua jabatan akademik yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Pejabat utama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis juga terdapat di sini begitu juga dewan kuliah dan makmal sains. Bangunan ini mempunyai tiga tingkat dan setiap tingkat mempunyai jabatan akademik dan juga bilik kuliah yang diatur dengan sistematik untuk memudahkan para pengunjung untuk bergerak ke destinasi mereka. Fasiliti yang terdapat di sini dalam keadaan baik dan para mahasisiwa pendidik turut memainkan peranan sebagai pemerhati dan melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku untuk memudahkan pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Astaka dan Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis



Bangunan ini berfungsi sebagai bangunan utama sebarang aktiviti melibatkan padang seperti Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Segala kelengkapan sukan disimpan rapi di dalam stoe yang terdapat di aras bawah bangunan ini. Para mahasisiwa pendidik juga boleh menggunakan bangunan ini untuk sebarang aktiviti riadah.

Gelanggang Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Gelanggang Bola Tampar


Gelanggang Bola Keranjang


Gelanggang Bola Jaring Dan Futsal

Dewan Indera Kayangan (DIK) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis



Dewan Indera Kayangan (DIK) berfungsi sebagai dewan utama sebarang aktiviti rasmi sama ada yang dianjurkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sendiri atau pihak luar. Dewan ini juga berfungsi sebagai dewan peperiksaan bagi Mahasiswa Pendidik.

Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dilengkapi dengan bilik kuliah di aras pertama dan aras kedua. Gimnasium ini juga dilengkapi dengan gelanggang badminton dan gelanggang skuasy. Pada mahasiswa pendidik boleh menggunakan kelengkapan yang ada di gimnasium sekiranya mendapat kebenaran daripada pensyarah yang bertugas.

Surau Nurul Iman Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Surau Nurul Iman adalah temapt ibadat utama bagi mahasiswa pendidik yang beragama Islam. Segala aktiviti kerohanian serta keagamaan dijalankan di sini. Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) merupakan badan rasmi atau persatuan rasmi yang menguruskan segala perjalanan aktiviti dakwah dan kerohanian di Surau Nurul Iman yang melibatkan semua golongan sasaran tidak mengira agama. Perjalanan badan PGPI ini adlah dibawah naungan Jabatan Pengajian Islam (JPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Ahli yang menjadi ahli jawatankuasa PGPI adalah terdiri daripada para mahasisi pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis sendiri.

Blok Asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Blok asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis adalah tempat penginapan utama para mahasiswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. terdapat juga mahasisiwa pendidik yang tinggal di luar kampus. Setiap blok asrama mempunyai warden yang tersendiri, para mahasiswa pendidik boleh mendapatkan sebarang pertolongan sekiranya berlaku kecemasan di asrama. Warden juga memainkan peranan untuk mengawal disiplin penghuni asrama untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang mahasisiwa pendidik bermautatin di blok asrama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.


Itu sahaja untuk kali ini, insya Allah beberapa fasiliti lain yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis akan dinyatakan pada masa hadapan, sehingga berjumpa lagi pada post yang seterusnya.

wallahu'alam..

assalamu'alaikum..

Cuba.cuba.cuba.....

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum..

Lamanya tak update blog, bahana sibuk dengan urusan duniawi dan tugasan di bahu yang membilang hari untuk dilepaskan. Semalam buat header baharu, header lagi, tak habis-habis, kalau dulu guna Photoshop CS3 skrang header guna Photoshop CS6 Extended pula :)

Ni la header baharu tu



Ada unsur tiga dimensi pada tulisan, :) menarik betul Photoshop CS6 Extended ni, tapi..masya Allah, banyak betul RAM yang dia guna. Agak kurang sesuai jika nak gunakan Photoshop CS6 Extended untuk PC atau laptop yang running dalam window 32bit atau 86bit sebab RAM yang boleh support hanya sehingga 4 gigabyte sahaja, seeloknya untuk picture and video editing kena guna window 64bit, sebab kemampuan window 64bit lebih tinggi dan mampu support ram yang tinggi, boleh rujuk jadual di bawah, jenis window juga mempengaruhi kemampuan untuk support RAM bagi satu-satu PC atau laptop.

*sumber : http://msdn.microsoft.com/en-us/library/windows/desktop/aa366778(v=vs.85).aspx

Boleh semak sendiri dalam  link sumber di atas kalau-kalau nak tahu lebih lanjut tentang compatibility OS dan RAM.

Ini adalah logo Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang aku buat sempena pilihan raya kampus yang dah tak lama lagi, beraa kali 'hang' PC diwatnya, gara-gara aplikasi tiga dimensi bagi Photoshop CS6 Extended yang menggunakan terlalu tinggi RAM, nampak gayanya lepas ni kena tukar motherboard, tambah RAM dan install Window 64bit, tapi idak buat masa terdekat ni la, sibuk sikit, takut tak sempat.



Aku suka betul dengan efek tiga dimensi ni, tapi perlukan RAM yang tinggi, jadi buat setakat yang termampu sahaja. Di bawah ni pula screenshot untuk paparan kerja penel 3 timensi bagi Photoshop CS6 Extended, menarik kan? :)



Itu sahaja buat bingkisan kali ini, setelah sekian lama tidak update blog, semoga tahun hadapan lebih rajin update blog sebab dah tak sibuk insya Allah :)

wallahu'alam..

assalamualaikum..


Wednesday 25 January 2012

Test Header Baharu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba malam ni rasa macam nak buat header baharu. Terpikir jugak, kalau fail PNG, boleh tak dijadikan header. Kalau boleh, boleh la nampak lutsinar sedikit.

Aku pun cuba la buat header guna dail PNG. Header simple saja, malas nak edit, touch-up sikit-sikit sahaja, nak cuba saja pon, dah berjaya, nanti boleh buat semula yang lebih cantik, insyaAllah. Dah lama x belek fail header, duk cari tadi lama juga, nak matching dengan saiz blog lagi, itu yang makan masa sikit, tapi alhamdulillah sudah selesai sudah. Tapi biasa-biasa sahaja, malas, biasa la.



Ini header lama



Ini header baharu (sebab ada bahagian lutsinar, sistem automatik gantikan dengan warna putih)


kalau lutsinar jadi gini la

Itu saja untuk post kali ini. Sehingga berjumpa lagi di post yang seterusnya, insyaAllah


Wallahu'alam

Tag.tag.tag...

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah lama rasanya tak belek blog, hampir terlupa pula kata ada blog. kawan ada tanya semalam, "tak update blog ka?" Memang lama pun dah tak update.

Kali ini nak kongsi tentang tag yag telah aku buat sepanjang setengah tahun ini. Asalnya YDP aku la yang memberi tugas untuk menyiapkan Tag Miggu Pengurusan Pelajar Baharu 2011. Aku pun terfikir macam mana la nak design tag ni memandangkan aku tak pernah buat tag urusetia untuk majlis di IPG aku. Sebelum ini ada pengalaman membuat tag untuk naqib dan naqibah semasa di bangku sekolah menengah, tapi itu cerita lama. Lama jugak aku memikirkan dan mencari idea. Akhir sekali, pagi semasa orang lain sedang tidur, baru dapat idea dan feel untuk menyiapkan tag ini. Lama juga aku mengadap skrin samsung 22 inci ni sambil try and error. Banyak juga masa habis terbuang semasa memikirkan apa yang perlu dimasukkan dalam tag ini. Malas sudah menunggu, seperti biasa, kena terus buat baru idea mula mencurah-curah datang, bak kata iklan Nestle Coco Crunch "Coklat pun mencurah-curah ke ladang gandung" tapi dalam hal ini bukan coklat la, tapi idea untuk buat tag ini.

Tidak terlalu menjadi permasalahan buat aku untuk menyiapkan design ini memandangkan saya sudah terbiasa dengan fitur-fitur adobe photoshop. Selepas try and error, maka siaplah sudah tag pertama. Untuk menyiapkan tag ini, aku terpaksa membuat sedikit pengubahsuaian kepada logo IPG aku memandangkan logo yang digunakan adalah logo lama. Aku ubah daripada MPPP kepada IPG KP. Baru standard dan kena dengan perubahan arus semasa. Tak mahu la masih menggunakan logo lama, lagipun kita kena berubah mengikut arus selagi arus itu tidak menyesatkan dan melpmaskan kita.

Tag dibawah ini adalah tag pertama yang terlah aku siapkan pada pagi hari semasa orang sedang nyenyak tidur, mungkin kerana aku lebih selesa mendapatkan idea semasa suasana yang sunyi dan tidak ada gangguan orang barangkali. 



Tag Pertama : Tag Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011 (Urusetia)
Tapi ada kesalahan pada ejaan perkataan baru, sepatutnya baharu 


Tag Kedua : Tag Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Jati Diri JPP IPG Kampus Perlis (Peserta)
Makan angin sambil berkursus di Pulau Tuba Langkawi


Tag Ketiga : Tag Karnival Sukan Zon Utara 2011 (Urusetia)
Kalut sedikit semasa menyiakan tag ini, jd designnya biasa sahaja 


Tag Keempat : Tag Minggu Pengurusan Pelajar Baharu DPLI GSTT 2012 (Urusetia)
tag ini sekejap sahaja buat sebab dah ada draf sebelum ini, edit semula dan cantikkan sahaja.
buat sorang-sorang tag ni, dari design, print, potong, liminate, potong semula dan buat lubang, semuanya makan masa 2 jam setengah sekiranya tumpu pada kerja menyiapkan tag ini sahaja seorang diri.


Pada pagi sebelum pendaftaran DPLI GSTT, aku mengagihkan tag urusetia berikut kepada semua JPP dan urusetia lain, kemudian semasa aku memberikan kepada Abirah, selepas dia dapat sahaja tag itu, dia pun bermonolog seorang diri, tapi aku dapat dengar apa yang diomongkan dia, "laa, tulisan macam ni lagi, suka betul tulisan ni". Ini adalah kali kedua aku dengar orang mengomel macam ni, pastu aku pon tanya la, "awat pasai apa?" dia balas dengan hanya berkata "tak dak apa-apa"

Aku poun terpikir jugak, mungkin orang sudah bosan dengan design yang sama setiap kali mendapat tag. Ini la bahana menggunakan draf yang sama. Tak mengapa, aku berbisik pada diri sendiri dan bertekad untuk membuat sedikit perubahan pada tag seterusnya.

Seperti biasa aku dikehendaki menyiapkan tag urusetia bagi Minggu Pengurusan Pelajar Baharu J-Qaf 2012. Jadi aku mengambil langkah awal iaitu menyiapkan design lebih awal. Aku hanya mengambil masa 20 minit lebih kurang untuk menyiapkan tag baharu ini dan turut membuat sedikit pengubahsuaian kepada tag ini. Alahamdulillah siap dan aku menghantar post design terbaru ini dalam page FB JPP IPG Perlis sesi 2011/2012. Rasanya mereka menyukai design ini dan alhamdulillah sekurang-kurangnya aku sudah tidak perlu membuat semula tag urusetia ini.


Tag Kelima : Tag Minggu Pengurusan Pelajar Baharu J-Qaf 2012 (Urusetia)
Tidak banyak perubahan yang dibuat daripada draf tag yang asal, semoga urusetia yang lain menyukainya.


Sehingga berjumpa lagi di post yang seterusnya, insyaAllah

Wallahu'alam

Friday 28 October 2011

Review Sikit Tentang Terra Nova







Assalamulalaikum..



Hari ini aku nak review sedikit tentang Terra Nova. Apakah Terra Nova? Mesti anda trtanya-tanya, Terra Nova adalah salah satu siri tv yang bertemakan SCi-Fi atau fiksyen sains. Aku baharu sahaja mengetahui tentang kewujudan siri ini selepas pulang cuti sebentar dan secara tidak sengaja terlihat promo daripada astro tentang siri ini. Aku sudah jatuh cinta pandang pertama pada siri ini selepas melihat sepintas lalu iklan yang ditunjukkan dalam astro. Sangat menarik dan nampak realistik. Gabungan antara teknologi masa depan dengan suasana persekitaran 85 juta tahun yang lampau. Siir ini akan menjadi siri kegemaran aku selepas siri Fringe yang juga bertemakan Sci-Fi namun lebih kepada interaksi berkaitan dengan hukum fizik yang di luar pemikiran normal manusia.



Secara kasarnya, plot cerita ini bermula pada tahun 2149, pada tahun ini, semua kehidupan di atas planet Bumi sedang diancam dengan masalah kepupusan akibat kualiti udara yang sangat teruk dan tercemar serta kebanjiran populasi yang sangat melampau. Adalah sanagt mustahil untuk manusia terus hidup dalam suasana sebegitu dan hampir tidak ada langsung makanan berasaskan tumbuhan dapat didapati ketika ini. Di suatu tempat yang dinamakan "Hope Plaza" atau Plaza Harapan, sebuah binaan berbentuk gegelang telah dibina di Chicago, dan para saintis menemui suatu keretakan (rift) dalam ruang waktu yang membenarkan manusia untuk menjelajah 85 juta tahun yang lampau pada Zaman Cretaceous dalam waktu prasejarah Bumi, namun, pada waktu alternatif atau waktu semasa yang memberi peluang kepada manusia untuk menyelamatkan diri daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan.


Pintu Sementara Yang Menghubungkan Terra Nova Dan Bumi




Keluarga Shannon atau keluarga yang memainkan peranan sebagai watak utama dalam cerita ini telah menyertai penghijrahan yang ke 10 penduduk ke Terra Nova, dan menjadi sebahagian daripada golongan koloni manusia yang terawal berada di sebelah pintu sementara yang mengubungkan dua dua dunia tersebut.



Keluarga ini memulakan hidup baharu mereka di Terra Nova dan dalam masa yang sama berhadapan dengan dinosour karnivor yang banyak terdapat di kawasan di sekitar Terra Nova dan kumpulan Sixers, yang merupakan kumpulan yang terpisah daripada koloni asal dengan agenda tersendiri.

Secara peribadi, selepas melihat 5 episod siri ini secara berterusan, saya sangat tertarik dengan jalan cerita dan bagaimasa masalah timbul dalam cerita ini, cara pengenalan karekter juga sangat menarik dan memberi impak yang agak besar setiap kali karekter diperkenalkan. tidak sabar rasanya menanti sambungan episod seterusnya dan semoga siri ini tidak akan semakin suram dan senantiasa menarik. Jadi saya memberikan rating  bagi siri ini sebanyak 4 popcorn dan sangat berbaloi untuk ditonton. 





Trailer Terra Nova