Selamat Datang

Followers

Friday 28 October 2011

Review Sikit Tentang Terra Nova







Assalamulalaikum..



Hari ini aku nak review sedikit tentang Terra Nova. Apakah Terra Nova? Mesti anda trtanya-tanya, Terra Nova adalah salah satu siri tv yang bertemakan SCi-Fi atau fiksyen sains. Aku baharu sahaja mengetahui tentang kewujudan siri ini selepas pulang cuti sebentar dan secara tidak sengaja terlihat promo daripada astro tentang siri ini. Aku sudah jatuh cinta pandang pertama pada siri ini selepas melihat sepintas lalu iklan yang ditunjukkan dalam astro. Sangat menarik dan nampak realistik. Gabungan antara teknologi masa depan dengan suasana persekitaran 85 juta tahun yang lampau. Siir ini akan menjadi siri kegemaran aku selepas siri Fringe yang juga bertemakan Sci-Fi namun lebih kepada interaksi berkaitan dengan hukum fizik yang di luar pemikiran normal manusia.



Secara kasarnya, plot cerita ini bermula pada tahun 2149, pada tahun ini, semua kehidupan di atas planet Bumi sedang diancam dengan masalah kepupusan akibat kualiti udara yang sangat teruk dan tercemar serta kebanjiran populasi yang sangat melampau. Adalah sanagt mustahil untuk manusia terus hidup dalam suasana sebegitu dan hampir tidak ada langsung makanan berasaskan tumbuhan dapat didapati ketika ini. Di suatu tempat yang dinamakan "Hope Plaza" atau Plaza Harapan, sebuah binaan berbentuk gegelang telah dibina di Chicago, dan para saintis menemui suatu keretakan (rift) dalam ruang waktu yang membenarkan manusia untuk menjelajah 85 juta tahun yang lampau pada Zaman Cretaceous dalam waktu prasejarah Bumi, namun, pada waktu alternatif atau waktu semasa yang memberi peluang kepada manusia untuk menyelamatkan diri daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan.


Pintu Sementara Yang Menghubungkan Terra Nova Dan Bumi




Keluarga Shannon atau keluarga yang memainkan peranan sebagai watak utama dalam cerita ini telah menyertai penghijrahan yang ke 10 penduduk ke Terra Nova, dan menjadi sebahagian daripada golongan koloni manusia yang terawal berada di sebelah pintu sementara yang mengubungkan dua dua dunia tersebut.



Keluarga ini memulakan hidup baharu mereka di Terra Nova dan dalam masa yang sama berhadapan dengan dinosour karnivor yang banyak terdapat di kawasan di sekitar Terra Nova dan kumpulan Sixers, yang merupakan kumpulan yang terpisah daripada koloni asal dengan agenda tersendiri.

Secara peribadi, selepas melihat 5 episod siri ini secara berterusan, saya sangat tertarik dengan jalan cerita dan bagaimasa masalah timbul dalam cerita ini, cara pengenalan karekter juga sangat menarik dan memberi impak yang agak besar setiap kali karekter diperkenalkan. tidak sabar rasanya menanti sambungan episod seterusnya dan semoga siri ini tidak akan semakin suram dan senantiasa menarik. Jadi saya memberikan rating  bagi siri ini sebanyak 4 popcorn dan sangat berbaloi untuk ditonton. 





Trailer Terra Nova

No comments:

Post a Comment