Selamat Datang

Followers

Monday 17 October 2011

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Aktiviti | Pupuk budaya inovasi dalam P&P

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Aktiviti | Pupuk budaya inovasi dalam P&P

Pupuk  budaya  inovasi  dalam  P&P 
17 Oct 2011, 10:47 AM | Aktiviti


PENGARAH IPG Perlis, Tan Ying Kee (kiri) melawat gerai pameran di Karnival Inovasi Pedagogi anjuran IPG tersebut di Kangar, baru-baru ini.


BAGI memastikan perkembangan teknologi dan inovasi dalam kalangan pensyarah serta guru berterusan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis mengambil inisiatif mengadakan Karnival Inovasi Pedagogi di perkarangan kampus itu baru-baru ini.


Pengarah IPG Perlis, Tan Ying Kee berkata, karnival selama dua hari itu bertujuan memastikan guru-guru pelatih di kampus tersebut dapat memupuk budaya teknologi dalam proses pengajaran dan  pembelajaran (P&P).


“Tema karnival ini, Teknologi Penjana Inovasi bersesuaian dengan peranan IPG untuk melahirkan generasi guru pada abad ke-21 yang inovatif dan berdaya maju,” katanya.
Menurut Ying Kee, hampir 1,000 pengunjung berpeluang melawat kira-kira 80 gerai pameran yang disediakan guru pelatih kampus tersebut yang berkaitan dengan proses P&P di sesebuah sekolah.


Tambah beliau, pada karnival itu turut diadakan beberapa pertandingan seperti pembentangan projek, pameran dan pengajaran mikro untuk memberi peluang kepada guru pelatih menyalurkan idea mereka terhadap sistem pendidikan negara.


Sementara itu, seorang guru pelatih, Muhammad Azri Majid, 20, berkata, karnival seumpama itu perlu diadakan setiap tahun bagi memastikan bakal pendidik mempunyai sikap inovatif ketika mendidik pelajar nanti.


“Secara tidak langsung karnival ini dapat melahirkan golongan guru yang memiliki minda kelas pertama pada masa akan datang,” katanya.


Bagi rakannya, Saiful Akmal Mahmud, 18, menyifatkan karnival tersebut menjadi penanda aras terhadap daya cipta guru pelatih dari kampus tersebut dan sebagai persediaan sebelum berkhidmat kelak.

1 comment: