There was an error in this gadget

Selamat Datang

Followers

Friday, 28 October 2011

Review Sikit Tentang Terra Nova







Assalamulalaikum..



Hari ini aku nak review sedikit tentang Terra Nova. Apakah Terra Nova? Mesti anda trtanya-tanya, Terra Nova adalah salah satu siri tv yang bertemakan SCi-Fi atau fiksyen sains. Aku baharu sahaja mengetahui tentang kewujudan siri ini selepas pulang cuti sebentar dan secara tidak sengaja terlihat promo daripada astro tentang siri ini. Aku sudah jatuh cinta pandang pertama pada siri ini selepas melihat sepintas lalu iklan yang ditunjukkan dalam astro. Sangat menarik dan nampak realistik. Gabungan antara teknologi masa depan dengan suasana persekitaran 85 juta tahun yang lampau. Siir ini akan menjadi siri kegemaran aku selepas siri Fringe yang juga bertemakan Sci-Fi namun lebih kepada interaksi berkaitan dengan hukum fizik yang di luar pemikiran normal manusia.



Secara kasarnya, plot cerita ini bermula pada tahun 2149, pada tahun ini, semua kehidupan di atas planet Bumi sedang diancam dengan masalah kepupusan akibat kualiti udara yang sangat teruk dan tercemar serta kebanjiran populasi yang sangat melampau. Adalah sanagt mustahil untuk manusia terus hidup dalam suasana sebegitu dan hampir tidak ada langsung makanan berasaskan tumbuhan dapat didapati ketika ini. Di suatu tempat yang dinamakan "Hope Plaza" atau Plaza Harapan, sebuah binaan berbentuk gegelang telah dibina di Chicago, dan para saintis menemui suatu keretakan (rift) dalam ruang waktu yang membenarkan manusia untuk menjelajah 85 juta tahun yang lampau pada Zaman Cretaceous dalam waktu prasejarah Bumi, namun, pada waktu alternatif atau waktu semasa yang memberi peluang kepada manusia untuk menyelamatkan diri daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan.


Pintu Sementara Yang Menghubungkan Terra Nova Dan Bumi




Keluarga Shannon atau keluarga yang memainkan peranan sebagai watak utama dalam cerita ini telah menyertai penghijrahan yang ke 10 penduduk ke Terra Nova, dan menjadi sebahagian daripada golongan koloni manusia yang terawal berada di sebelah pintu sementara yang mengubungkan dua dua dunia tersebut.



Keluarga ini memulakan hidup baharu mereka di Terra Nova dan dalam masa yang sama berhadapan dengan dinosour karnivor yang banyak terdapat di kawasan di sekitar Terra Nova dan kumpulan Sixers, yang merupakan kumpulan yang terpisah daripada koloni asal dengan agenda tersendiri.

Secara peribadi, selepas melihat 5 episod siri ini secara berterusan, saya sangat tertarik dengan jalan cerita dan bagaimasa masalah timbul dalam cerita ini, cara pengenalan karekter juga sangat menarik dan memberi impak yang agak besar setiap kali karekter diperkenalkan. tidak sabar rasanya menanti sambungan episod seterusnya dan semoga siri ini tidak akan semakin suram dan senantiasa menarik. Jadi saya memberikan rating  bagi siri ini sebanyak 4 popcorn dan sangat berbaloi untuk ditonton. 





Trailer Terra Nova

Saturday, 22 October 2011

Rasa-rasa mereka tengok tak komen aku??

Aku baru sahaja like pada page FB Sony Ericsson Service, dan aku post pendapat aku tentang feature yang sony ericsson perlu kekalkan untuk menarik minat orang ramai untuk membeli telefon sony ericsson, ini la post aku tadi.



Nampak tak? mesti tak nampak kan? ini la yang aku post tadi.



"Why lot's of latest sony ericsson phone when we use smiley animation in our text messages it will become MMS rather than SMS..I really like sony ericsson phone and lots of my friends like using sony ericsson. They refuse to change their old sony ericsson phone because they like to put lots of smiley animation in the same text massages to show their emotion changes while messaging with their friends, family and even their lover. This is one of the most attractive feature that sony ericsson provide for their user long before the latest model come out. the model like w660i, k660 have this feature, but the model that come out after c510 cannot use this feature anymore, the text messages will turn into MMS automatically. We can put lots of smiley animation in a text messages which only consume 10 alphabet spaces on the alphabet counter, but if we use the latest sony ericsson the text will become MMS and "a smiley animation" will cost us a price of one MMS. Can sony ericsson bring back these unique function and feature in the latest model of sony ericsson phone?"



Rasa-rasa mereka dengar tak???

Wallahu'alam

Ole-ole From Madam Sa'adah

Assalamualaikum..

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu..

Alhamdulillah, pada 12 oktober lalu aku mendapat sedikit ole-ole daripada pensyarah bahasa Inggerisku, Madam Sa'adah.

Ceritanya begini, apda hari itu, sebelum aku menduduki ujian akhir khusus atau lebih popular dikenali dengan akronimnya iaitu UAK bagi subjek Seni Dalam Pendidikan iaitu SDP, aku mendapat satu mesej menerusi sistem pesanan ringkas. Aku agak terkejut kerana masej tersebut datang ari Madam Sa'adah dan aku segera membuka inbox untuk membaca mesej yang dihantar.



Aku tersenyum sebentar. Selesai sahaja aku menyiapkan UAK bagi subjek SDP itu, aku bergegas keluar agak awal memandangkan aku sudah malas hendak menunggu, namun sebelum aku keluar, sudah hampir separuh dewan sahaja lagi yang tinggal masih menduduki peperiksaan yang lain sudah lama meninggalkan dewan. Aku terus menuju ke arah kereta dan kelihatan kelibat Zul. Zul juga sudah keluar dan aku memberitahu Zul aku mahu berjumpa dengan Madam Sa'adah sekejap dan Zul bersetuju untuk bergerak bersama-sama memandangkan Zul juga ingin bergerak ke Jabatan Bhasa untuk menghantar Buku Log Pengakap kepada pensyarah penasihat pengakap, Encik Zul.

Semasa Zul menghantar buku lognya, aku terus bergegas ke meja Madam Sa'adah dan selepas memberi salam aku menyoal beliau apa tujuan beliau menghantar mesej tersebut. Rupa-rupanya Madam Sa'adah ingin memberikan kepada aku ole-ole atau buah tangan yang dibelinya semasa bercuti di luar dan di dalam negara. Madam Sa'adah mengeluarkan satu uncang yang cantik, katanya diberi oleh rakannya semasa rakannya melawat Vietnam, beliau kemudian menyuruh aku memilih dan mengambil rantai kunci yang terdapat dalam uncang tersebut.

Aku tersenyum, teringat semula sewaktu terserempak dengan Madam Sa'adah beberapa hari sebelum ini dan aku ada menyoal Madam, sama ada masih ada lagi "ole-ole" dari luar negara memandangkan aku tahu madam bergi bercuti ke luar negara pada cuti sebelum ini. Aku hanya menyoal dalam nada melawak. Madam menajwab "I will see first". Sudah menjadi kebiasaan berbual dalam nada berseloka dengan Madam Sa'adah Tidak sangka pula Madam Sa'adah serius dengan apa yang dikatakannya.

Alhamdulillah, hari ini, aku mendapat ole-ole daripada Madam Sa'adah. Semuanya 6 jenis rantai kunci yang berbeza aku perolehi. Zul yang datang bersama aku turut mendapat ole-ole daripada Madam Sa'adah. Alhamdulillah dan semoga Allah merahmati Madam Sa'adah atas kemurahan hatinya, insyaAllah..

Berikut adalah rantai kunci yang aku perolehi daripada Madam Sa'adah..



Yang ini daripada Korea. Walaupun ringkas, namun aku sangat menyukai rantai kunci ini.




Yang ini pula dari China

Ini yang Pertama dari China



Cuba teka gambar dalam tu dekat mana? mesti dah boleh agak kan?

Great Wall Of China



Ini yang kedua dari China




Cuba teka gambar dalam tu dekat mana? mesti dah boleh agak kan? tapi saya tak tahu pada mulanya, mujur ada kawan saya yang belajar di China beri tahu pada saya.
(Credit to Sakinah)

Tian An Men Square




Yang ini pula dari Thailand, macam yang dari China, ada dua jenis juga.

Ini yang pertama dari Thailand





Tahu tak bentuk apa ni? ini la bentuk gajah, haiwan keramat bagi negara Thailand

Ini yang kedua dari Thailand


Cantik kan? 

Yang ini yang terakhir. Yang ini "local" punya


Sedapnya, tapi tak boleh makan, yang ini daripada Tanah Tinggi Cameron

Terima kasih Madam Sa'adah

Wallahu'alam

Monday, 17 October 2011

IPG Perlis Sebagai IPG Sukan

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=620034


October 15, 2011 18:00 PM

Sistem Pendidikan Negara Perlu Melebihi Tahap Cemerlang, Kata Muhyiddin
SEREMBAN, 15 Okt (Bernama) -- Dalam memastikan negara mampu melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan menjelang tahun 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya sistem pendidikan negara melebihi tahap cemerlang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata semua sekolah di negara ini sewajarnya tidak meletakkan penanda aras pencapaian mereka hanya sekadar pada tahap 100 peratus sebaliknya perlu lebih tinggi daripada itu seperti 110 peratus.

"Jadi penting juga untuk semua Institut Pendidikan Guru (IPG) meletakkan sasaran lebih tinggi daripada biasa untuk merealisasikan usaha kerajaan melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang berkualiti, terlatih, berilmu dan berkemahiran, dapat dicapai.

"Ini kerana peranan IPG penting untuk melahirkan tenaga pengajar berkemahiran dan berkualiti, sekaligus membantu menjana modal insan yang mempunyai kemahiran, terdidik dengan akhlak dan sahsiah yang baik," katanya semasa menyampaikan amanat sempena lawatan kerja ke IPG Kampus Raja Melewar di sini Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata usaha ini penting memandangkan Malaysia hanya mempunyai 23 peratus tenaga mahir daripada keseluruhan tenaga kerja di semua sektor pekerjaan.

Sementara itu, dalam sesi dialog akademik, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran tidak mengamal sikap pilih kasih sebaliknya apa sahaja pengiktirafan yang diberikan adalah berdasarkan kepada pencapaian setiap sekolah.

"Adalah tidak adil untuk membuat sebarang tuduhan, tetapi sekiranya ada bukti jelas mengenai sistem yang dibuat kementerian telah dimanipulasi sila kemukakan dan saya sendiri akan selidik," katanya sebagai menjawab pertanyaan mengenai wujudnya sikap pilih kasih antara Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Harian.

Dalam sesi soal jawab itu juga, Muhyiddin berkata kementerian bersedia untuk mengkaji cadangan hanya calon yang peratusan kedatangan sekolah mencapai 80 peratus sahaja dibenarkan menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum itu, Muhyiddin turut melancarkan Kebitaraan Sukan IPG Kampus Raja Melewar, Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak dan IPG Kampus Perlis sebagai penggerak Dasar 1Murid 1Sukan.

Objektif IPG Sukan itu bermatlamat supaya setiap guru pendidikan Jasmani yang dilahirkan bakal memiliki sekurang-kurangnya tiga sijil kejurulatihan, kepegawaian dan pengadilan daripada badan-badan sukan bertauliah.

Dalam ucapannya Muhyiddin berkata usaha itu selain dapat membina sahsiah dan kesejahteraan hidup serta memartabatkan sukan negara, ia juga dapat mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah sebagaimana pada tahun 60-an dan 70-an.

"Pada waktu itu acara sukan yang diadakan di sekolah begitu meriah, sekarang ini agak kurang meriah sebab itu saya suarakan Dasar 1Murid1Sukan, untuk mengembalikan senula kecemerlangan dan kemeriahan sukan di sekolah seluruh negara," katanya.

-- BERNAMA

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Aktiviti | Pupuk budaya inovasi dalam P&P

Portal Pendidikan Utusan | ADaP | Aktiviti | Pupuk budaya inovasi dalam P&P

Pupuk  budaya  inovasi  dalam  P&P 
17 Oct 2011, 10:47 AM | Aktiviti


PENGARAH IPG Perlis, Tan Ying Kee (kiri) melawat gerai pameran di Karnival Inovasi Pedagogi anjuran IPG tersebut di Kangar, baru-baru ini.


BAGI memastikan perkembangan teknologi dan inovasi dalam kalangan pensyarah serta guru berterusan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis mengambil inisiatif mengadakan Karnival Inovasi Pedagogi di perkarangan kampus itu baru-baru ini.


Pengarah IPG Perlis, Tan Ying Kee berkata, karnival selama dua hari itu bertujuan memastikan guru-guru pelatih di kampus tersebut dapat memupuk budaya teknologi dalam proses pengajaran dan  pembelajaran (P&P).


“Tema karnival ini, Teknologi Penjana Inovasi bersesuaian dengan peranan IPG untuk melahirkan generasi guru pada abad ke-21 yang inovatif dan berdaya maju,” katanya.
Menurut Ying Kee, hampir 1,000 pengunjung berpeluang melawat kira-kira 80 gerai pameran yang disediakan guru pelatih kampus tersebut yang berkaitan dengan proses P&P di sesebuah sekolah.


Tambah beliau, pada karnival itu turut diadakan beberapa pertandingan seperti pembentangan projek, pameran dan pengajaran mikro untuk memberi peluang kepada guru pelatih menyalurkan idea mereka terhadap sistem pendidikan negara.


Sementara itu, seorang guru pelatih, Muhammad Azri Majid, 20, berkata, karnival seumpama itu perlu diadakan setiap tahun bagi memastikan bakal pendidik mempunyai sikap inovatif ketika mendidik pelajar nanti.


“Secara tidak langsung karnival ini dapat melahirkan golongan guru yang memiliki minda kelas pertama pada masa akan datang,” katanya.


Bagi rakannya, Saiful Akmal Mahmud, 18, menyifatkan karnival tersebut menjadi penanda aras terhadap daya cipta guru pelatih dari kampus tersebut dan sebagai persediaan sebelum berkhidmat kelak.